Wednesday, October 17, 2012


Ketulusan Hati 

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

Anuar Zain 

Hati ibu

Satu benda yang akan menjadi penawar dan penyakit dalam hidup kita ialah hati ibu. Jika kita menjaga hati ibu ibarat menjaga nyawa kita, maka setiap doa kebaikan yg akan keluar dari mulut ibu akan menjadi penawar dan mendapat redha Ilahi dunia akhirat... 

Tetapi jika kita menghiris hati ibu (derhaka) maka tunggulah penyakit yang sangat membahaya iaitu hilangnya redha Ilahi...

~ Dipetik dari Ustaz Ashraf Imam Muda dalam rancangan Selami Jiwa Dr Fadzilah Kamsah

Saturday, October 13, 2012

Taking things for granted


Taking things for granted... itulah yang sering berlaku kepada orang Melayu, bila kita dilahirkan Melayu, aku teringat masa sekolah dulu ramai budak Melayu tak nak belajar BM secara detail kerana dia budak Melayu, tapi budak Cina belajar BM hingga dapat A1 dalam SPM.. itulah dia 

Taking things for granted... Begitulah juga yang dilakukan orang Islam kini, ramai di antara kita tak nak belajar betul2 tentang Islam, baca Quran pun tak lancar, ilmu agama pun tak dalami, hingga ada yang kata aku lahir Islam buat apa nak belajar?, kemudian jadi jahil hingga tak terkata, janganlah take things for granted hingga tergadai agama itu sendiri dan mencerca orang lain macam diri sendiri tu hebat dalam beragama

Rasulullah tidak suh pun kita cerca dan hina orang lain, Rasulullah tidak marah, kutuk atau bunuh pun orang tua Yahudi yang kutuk2 dia malah dia sendiri suapkan orang tua Yahudi tu dengan cara yang baik, hinggalah Rasulullah wafat.... Allahuakbar... maafkan aku jika aku terkasar bahasa

Saturday, October 6, 2012

Tujuh Amalan Sunnah Rasulullah
1. Tahajjud
2. Membaca Al-Qur'an
3. Shalat berjamaah di masjid
4. Shalat Dhuha

5. Sedekah setiap hari
6. Jaga wudhu terus-menerus
7. Amalan istighfar setiap hari

Thursday, October 4, 2012

Hanya Hajinya sahaja yang diterima...

Bismillah. Pagi Isnin lalu sewaktu memandu ke Putrajaya International Convention Centre saya sempat mendengar tazkhirah dari radio SALAMfm 91.1. 

Seorang ustaz bercerita berkenaan seorang ulama besar iaitu yang bernama Abdullah...(saya lupa nama penuh beliau) pernah tertidur di Masjidil Haram dan bermimpi bertemu dengan dua Malaikat yang sedang berbicara. Malaikat itu sedang membicarakan berkenaan dengan orang yang datang ke Mekah menunaikan haji.

"Tahun ini, 600,000 orang datang menunaikan haji, tetapi tiada seorangpun yang Allah terima amalan hajinya" Kata seorang Malaikat.

"Hanya kerana amalan haji Sipolan bin sipolan diterima oleh Allah untuk haji tahun itu, maka semua 600,000 muslim yang datang mengerjakan haji itu diterima amalan hajinya.

Ulama ini terkejut dan terus bangun dari tidurnya dan mencari individu yang bernama Sipolan bin sipolan itu .

Apabila bertemu dengan Sipolan, ulama itu terus menanyakan berkenaan amalan yang telah Sipolan itu lakukan, sewaktu musim haji itu. Beliau berkata beliau membatalkan hasrat dirinya dan isterinya untuk menunaikan haji tahun itu.

Ulama itu bertambah hairan. Sipolah membertitahu ulama itu , bebarapa hari sebelum beliau dan isterinya bertolak ke Mekah, beliau ke pasar, dalam perjalanan ke pasar, beliau melihat sebuah rumah yang keluar asap darinya.

Semakin beliau menghampiri rumah itu, beliau tercium bau yang sangat harum, bau dari masakan. Ketika beliau benar-benar hampir dengan rumah itu, tuan rumah itu ketika itu keluar dari rumah. Sipolan ini bertanya kepada tuan rumah itu apa yang kamu masak itu, kerana baunya sangat menyelerakan?

Tuan rumah berkata “Kami sedang memasak makanan yang halal untuk kami makan, tetapi haram untuk kamu makan”. Sipolan itu ini terkejut dan bertanya lagi “Maksud kamu?”

“Kami sedang memasak bangkai daging keldai yang kami jumpa di luar sana, ini kerana sudah 3 hari kami tidak makan.”

Sipolan membuat keputusan untuk tidak meneruskan niatnya untuk ke pasar, beliau berpatah balik dan berbincang dengan isterinya.

Akhirnya Sipolan dan isterinya menyerahkan semua duit yang disimpan selama ini bagi tujuan menunaikan haji kepada keluarga yang sudah tiga hari tidak makan itu.

Sipolan itu memberitahu kepada ulama, “Itu yang menyebabkan saya tidak dapat menunaikan fardhu haji, kerana saya sudah tidak mampu ketika ini”.

Monday, October 1, 2012

7 Dzikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “


Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah”

( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”

“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur” (HR. Abu Nu’ aim dan Ad Dailami).

3. Membanyakkan Ber-Istighfar

“Barangsiapa membanyakkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga” ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas

“Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. At Tabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah

“Barangsiapa membaca surat Al Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6. Memperbanyak Selawat Ke atas Nabi

“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”

(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)