Tuesday, January 4, 2011

ICT di Malaysia

MSC di Cyberjaya, Pengeluar notebook, hard disk dan komponen IT di Pulau Pinang, Taman Teknologi di Bukit Jalil, netbook sekolah di Terengganu, UniFi, P1, iPhone, BlackBerry, 3G dan macam-macam lagi. Itu semua ada di sini, Malaysia yang kita semua cintai.

Pernah seorang individu bertanya kepada saya, apa yang rakyat dapat dari MSC dan ICT - itu kira-kira 3 tahun lalu semasa saya menjelajah semenanjung. Saya tidak tahu apa nak cakap. Saya juga tidak pasti kenapa ditanya begitu? Tetapi saya tanya kembali apa yang pakcik rasa pakcik dapat? Dia kata tidak ada apa-apa? Saya tanya kembali, kenapa tidak ada apa-apa? Dia terdiam dan saya pun sama.

Saya faham maksud pakcik itu. Sebab dia tidak nampak dan rasa apa yang dihasilkan oleh MSC atau projek-projek ICT tempatan. Saya juga tidak salahnya beliau jika tidak tahu dan faham. Tetapi itulah hakikatnya, ramai yang tidak tahu dan tidak faham. Tetapi selepas itu saya berbual dengan pakcik itu dan saya bertanya macam-macam mengenai dirinya dan akhirnya saya katakan padanya, telefon yang pakcik pakai, TV satelit yang pakcik guna, internet yang pakcik layari, perbankan internet yang pakcik lakukan dan pelbagai lagi itulah hasil dari MSC. MSC membawa teknologi ke sini. Kadang-kadang memang kita rasa agak perlahan tetapi kita bernasib baik sebab Dr. M mencetuskan idea itu awal-awal lagi jika tidak pasti kita akan ketinggalan jauh.

Namun tidak guna kemajuan yang ada jika masih ada rakyat yang susah. Saya tertarik dengan semangat yang ditunjukkan oleh ramai orang untuk berkebajikan sehingga ke luar negara. Tetapi lakukan dahulu di sini kerana ramai yang masih susah dan miskin. Jika zakat dan sedekah itu dibahagikan dengan betul saya pasti tiada lagi masalah kemiskinan dan kesusahan. Tiada juga rancangan-rancangan TV yang menayangkan kemiskinan dan kesusahan. Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku!

Berlaku jujur, bertanggungjawab, membina wawasan, disiplin diri dan hati, bekerjasama dengan semua, berlaku adil dan prihatin dengan sesiapa sahaja. Moga kita hidup bahagia dunia & akhirat. AMIN!

Wassalam

Jenayah Siber

Menurut CyberSecurity kes jenayah siber pada 6 bulan pertama 2010 meningkat 88.7% berbanding tahun lalu. Banyak tu! Kenapa ia meningkat? Saya sendiri tidak pasti apa puncanya tetapi penjenayah akan wujud dalam keadaan apa pun tidak kira berada di alam nyata atau maya. Jika niatnya untuk menjadi jahat ia pasti akan belajar supaya niatnya itu terlaksana. COntohnya jika ingin menjadi hacker maka individu itu pasti akan cuba belajar dengan bersungguh-sungguh.

Saya mula berjinak dengan Internet sejak awal tahun 1990an. Ketika itu cuba belajar banyak benda yang berkaitan dengan Internet dan seumpamanya. Kemudian pada akhir 1990an ramai yang menjadi pelajar kononnya untuk berbuat baik di dalam Internet. Tetapi ramai di antara mereka yang menyalahgunakan ilmu yang saya turunkan untuk merosakkan laman web orang lain, merosakkan PC orang lain dan pelbagai lagi.

Bak kata orang tua saya, pisau jika digunakan di dapur ia membawa kebaikan, pisau jika digunakan untuk menikam orang ia membawa keburukan. Ilmu janganlah disalah guna atau untuk menyombong. Ada yang belajar ilmu mula-mula kata untuk kebaikan tapi lepas dapat lain pula ceritanya. Ilmu adalah salah satu pertanyaan yang akan disoal selepas kita mati. Jika kita curi ilmu dan kemudian menipu, agak-agaknya apa akan jadi ye?

Berlaku jujur, bertanggungjawab, membina wawasan, disiplin diri dan hati, bekerjasama dengan semua, berlaku adil dan prihatin dengan sesiapa sahaja. Moga kita hidup bahagia dunia & akhirat. AMIN!

Wassalam

Ramadhan dan Aidil Fitri

Setiap kali Ramadhan hati saya akan sayu teringatkan pelbagai kejadian dalam hidup saya. Saya juga sayu dan gembira kerana Ramadhan muncul lagi dan ibadah harian akan berganda-ganda pahalanya. Macam dapat bonus. Dah lah sembahyang jemaah dapat pahala berganda tambah pula dalam bulan yang mulia ini... berganda-gandalah.


Tapi ramai di antara kita tidak pandang Ramadhan sebagai bulan mulia tetapi bulan menyeksa sebab tak boleh makan di siang hari. Tapi ramai juga yang masih makan tapi kita manusia tak nampaklah tapi Allah nampak. Tak mengapalah itu kiraan perbuatan mereka, harap-harap sempatlah bertaubat. Tapi sebagai hamba Allah saya hanya mengingatkan, tapi kalo ada yang masih nak lupa-lupa saya tak boleh nak buat apa. :-)


Puasa adalah sebuah benteng diri daripada melakukan perkara maksiat atau dosa. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi juga puasa mata, mulut, tangan, kaki dan juga hati. Puasa juga bukan hanya di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan yang lain supaya kita dipelihara dari maksiat dan dosa. Manifestasi puasa adalah benteng dan kawalan diri terhadap


Kemudian muncul pula Hari Raya atai Aidil Fitri, hari kemenangan untuk mereka yang berpuasa sebulan dan lengkap beribadah kepada Allah SWT di bulan Ramadhan. Tetapi ramai yang pentingkan bulan Syawal daripada bulan Ramadhan. Puasa tak cukup sifatnya tetapi Raya nak cukup pula. Hehe. Ntah-ntah bulan Ramadhan tahun hadapan kita dah tak ada lagi. Fikirkanlah ye!

Jujurlah, bertanggungjawab, bina wawasan, disiplin diri dan hati, bekerjasama dengan semua, adil kepada semua dan prihatin dengan sesiapa sahaja. Moga kita hidup bahagia dunia & akhirat. AMIN!

Wassalam

Apa yang salah, apa yang betul?

Tahun ini sudah 11 tahun Majalah PC diterbitkan oleh Karangkraf. Dan selama itulah pelbagai corak dan bentuk persembahan MPC dipaparkan untuk para pembaca. Pelbagai cara kami persembahkan dengan usaha dan cara yang kami mampu. Kerana sering ada kekangan yang berlaku setiap kali kami mahu lakukan sesuatu kebaikan.

Namun kami di MPC tidak berputus asa kerana ada lebih daripada 100,000 pembaca MPC di luar sana yang mahukan MPC setiap bulan. Malah kami berbangga kerana sudah ramai yang mahir dengan komputer dan faham dengan komputer kerana MPC yang dibaca setiap bulan.

Malah ada pembaca MPC yang telah pandai komputer dengan membaca MPC tidak lagi membaca kerana mereka sudah pandai. Kami tidak kisah jika mereka tidak membeli lagi MPC tetapi jangan pula mengata MPC di alam siber. Kerana tindakan itu bagaikan seekor anjing yang mengigit orang yang melepaskannya. Maaf jika perkataan anjing tidak anda sukai, itu hanya perumpamaan.

Satu lagi kami di MPC tidak mahu mempromosikan penggunaan perisian cetak rompak secara langsung. Kami faham kenapa para pembaca menggunakan perisian cetak rompak. Kami juga tidak setuju dengan harga perisian yang tinggi. Walaupun ada perisian alternatif tetapi tidak semua yang mahir dan mahu menggunakan perisian-perisian itu. Kami minta maaf jika kami tidak menjawab pertanyaan anda mengenai cara dan di mana mendapatkan perisian cetak rompak kerana kami mahu mempromosikan tindakan itu.

Kadang-kadang tindakan yang betul menjadi salah kepada orang lain, dan kadang-kadang tindakan yang salah menjadi betul kepada orang lain.

Jujurlah, bertanggungjawab, bina wawasan, disiplin diri dan hati, bekerjasama dengan semua, adil kepada semua dan prihatin dengan sesiapa sahaja. Agar kita hidup bahagia dunia & akhirat. AMIN!

Wassalam

Yang mula pasti akan berakhir

Jika kita berjalan pasti kita ada destinasinya. Jika kita bercakap pasti ada mendengarnya. Jika kita makan pasti ada kenyangnya. Jika kita hidup pasti ada matinya. Itulah maksudnya yang mula pasti akan berakhir atau ada titik noktahnya.

Tapi kadang-kadang kita tak tahu bila kita akan berhenti setelah kita bermula. Kita sendiri tidak pasti apa yang bakal berlaku setelah kita bermula. Ada di antara kita tahu bila perlu berhenti dan ada juga yang tidak mahu berhenti atas sebab-sebab tertentu. Malangnya ada yang tidak mahu berhenti untuk membuat maksiat atau dosa. Jika kita tidak mahu berhenti membuat pahala dan kebajikan tidak mengapa tetapi janganlah tidak mahu berhenti berbuat dosa kerana Allah memberikan kita kuasa memilih jalan apa yang kita mahu. Malangnya jika kita memilih jalan yang negatif.

Jika kita dipanjangkan usia dan dapat bersama cucu dan cicit kita, Alhamdulillah. Kita juga harus ingat kita akan sampai juga titik noktahnya. Ada yang hanya berusia 20 tahun sudah dijemput Allah dan ada juga yang sudah berusia 80 tahun masih hidup di bumi Allah. Lambat atau cepat kita pasti akan dijemput tetapi tahukah bila masanya dan di mana? Kita tidak tahu jawapannya kerana semuanya di tangan Allah tetapi ramai di antara kita yang masih berbuat maksiat dan dosa dengan kata "tak pe nanti boleh taubat" tapi persoalannya "sempat ke?".

Saya ada rakan yang meninggal pada usia 20an dan 30an. Mereka semua tidak tahu bila mereka akan mati dan saya tidak tahu adakah mereka bersedia. Ingat mati bukanlah untuk menjadi jumud dan dangkal tetapi untuk meningkatkan semangat bekerja dan berusaha supaya apa yang kita tinggalkan turut mendoakan kita semasa di alam barzakh. Namun itu semua ditentukan Allah kerana dengan rahmat Allah sahaja kita boleh selamat di akhirat kelak. Ikhlaskan hati dalam tindakan dan perbuatan kerana Allah akan membalasnya.

Jujurlah, bertanggungjawab, bina wawasan, disiplin diri dan hati, bekerjasama dengan semua, adil kepada semua dan prihatin dengan sesiapa sahaja. Agar kita hidup bahagia dunia & akhirat. AMIN!

Insha Allah

Insha Allah

By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Thank You Allah

Thank You Allah

By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009