Tuesday, May 19, 2009

Apa itu Ihsan?

Ihsan adalah melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kami melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kamu. Dengan lain perkataan bahawa :

- Allah melihat apa yang anda lakukan

- Allah mendengar apa yang akan perkatakan

- Allah mengetahui apa yang anda fikirkan

Sifat utama Ihsan - sentiasa ikhlas semata-mata kerana Allah

Kebaikan berbuat Ihsan
1. Allah sentiasa mengasihinya
2. Allah melimpahkan rahmat kepadanya
3 . Allah mengampuni dosanya
4. Allah memberi pertolongan kepadanya
5. Allah memberi ganjaran pahala
6. Allah menjanjikan masuk syurga

Subhanallah....